Monday, March 7, 2011

Thanks All

Lama gila tak update cottt -.- Haha, Btw kat sini aku nak say thanks kat semua org especially ibu dan kwn2 baik aku yang telah cuba menyelamatkan aku keluar dr puaka cinta yang palsu selama nie, thanks sgt2! Sumpah jasa korang teramatlah dihargai, Hehe, aku ckp ngan dia, tuntut cinta aku di sana nanti, mungkin jodoh aku bukan disini tapi disana, Alhamdullillah semua nya selesai :)

Thursday, February 24, 2011

Hehehe -.-


25/2/2011
Dah lama aku tak update blog pagi-pagi en. Heeee, sumpah takde masa. Ops, haha, Tetiba takde masa, Ape je yang aku buat en, Hihihi, Padahal takde mood nak update blog. Haha, Bukan nya sbb xde masa. Huhu, Tau la aku nie nak buat apa2 mengikut ht aku. hehehe. Semua benda aku buat ikut rentak ht aku, Kalau ht aku kata, Takk, Tak lah jadinya, Kalau ye, Ye lah jadinya. Senang je aku nie. Hehehe =.=

So skrg nak update baru pagi nie, Hehehe, Just nak ckp kat sini, Yang aku pagi2 cmni dah tentu2 lah tengah kerja enn, Apa lagi, Tengah takde kerja nie, On lah blog. Nak on fb tak bolehh, Tak boleh bukak lah apa lah, Biasa lah front desk kan, Mcm2 undang2 nyaa. huhu, Tkpe, Janji aku dpt bukak blog, Jenguk2 sama ada sihat ke tak blog aku nie. Huhuhu :')
Btw, Aku just nak bgtau korang, Yang aku sihat, And takde ape2 yang lain dengan aku, Aku ok dengan life aku, Cuma ada perbezaan nya bila perangai lama dah mula balek, hehe bukan apa, just nak fun2 je. kejap je nie.
Nnt benti lah, Cayelah, Nak tau apa perangai lama tu ke? haha, Tak payah la. Kalau aku ckp cmtu, Faham2 je la. Hehehe. so far keadaan aku ok skrg, Hehe da takde nak kecewa2 dah. eheheh. Best je ce cite ce cite kat sini ennn. Takde lah nak happy sgt, Tapi, Aku memang dah okay lah tu je :') Thanks kat korang gak sbb bg aku semangat utk terus hidup.

And and, Tolong bg aku lelaki yang betul-betul pasnie. Hahahah :')

Tuesday, February 22, 2011

Beloveddd

Yes its my beloved parents
How can im here? Because of them.
How im in 20 years? Because of them.
Why my name looks so long? Because of them.
Thats why ilove both of them so much ;')

Saturday, February 19, 2011

jarak jauh yang sebenarnya cinta

Alhamdullillah dengan izin Allah akhirnya segalanya selesai dengan sempurna. Keterangan yang aku dengar semalam semua nya membuat kan aku lega dan rasa tenang walaupun kami tidak bersatu kembali, Alhamdullillah, Janji dia untuk bersama satu hari kelak aku harap kan dia tunaikan. Dia memerlukan masa untuk berubah dan menjauhkan diri dari semua nya untuk memberi perhatian pada aku. Alhamdullillah lagi sekali kerana kau tunjuk kan aku cinta ku yang sebenar walaupun di mana ia berada. Dia mengakui bahawa aku lah cinta mati nya sehingga bila-bila. Ini lah yang dikatakan cinta, Andai kata takdir menentukan bukan jodoh kita, Aku harapkan kau bahagia disisi orang yang kau sayang dan di sisi yang maha esa. Sayangnya aku pada kau dan cinta nya aku pada kau hanya Allah yang tahu. Terima kasih juga untuk semua orang yang banyak mmberi dorongan untuk hubungan kami selama ini, Kami hanya berserah pada yang lebih berkuasa selepas ini, Insyaallah ada rezki, ada jodoh, dah sampai serunya, Nikah lah kami.

Thanks to him because give me a big of love kissed and hold each other thus also give me the explaination and far away me from the pain. Everything is depends to the mighty :)

-Aty.J

Thursday, February 17, 2011

Menangis aku baca nie :'(

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan  
memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal  
haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.

 "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.

Abang,


Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah 
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan 

Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. 
Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Wednesday, February 16, 2011

A new life

Yes!!
Aku dah bebas dr segala bencana dan mala petaka
sekarang aku nak mula hidup baru aku dengan cara dan sikap yang baru
Terima kasih, Ibu, kawan-kawan dan sahabat-sahabat handai
Apa pun yang jadi selepas nie aku akan terima dengan ht yang terbuka
Aty yang dulu tak semuanya ada sekarang
Banyak yang akan berubah
Hehehe, Percayalah, Korang akan lebih bahagia dengan aku lepas nie.
Kawan ada lah segalanya :)
So lebih baik kawan je dengan aku.

Damn!
Aku dah bosan dengan soalan nie,
Pergi sana, Pergi sini, Semua tanya,
Bila nak kawennnn!
Haish, Soalan tu memang senang keluar dr mulut org kan?
Tapi cubalah bg duet untuk aku kawen tu sikit,
Baru tanya. kan?
Bukan senang nak kawen nie, 
Kena cr lelaki yang betul-betul nak hidup dengan kita,
Kena pastikan dia boleh bimbing kita dengan anak-anak kelak
Itu mesti bersedia kerana itu lah salah satu matlamat untuk hidup berkeluarga
Tp diorang tak faham?
Diorang cuma rasa benda nie senang.
Zaman dulu-dulu lain lah, mak pilih je terus kawen.
Sekarang nak mak pilih jugak ke? Memang tak lah kan.
Haha. Geli je.
Huhuhu :PP
Kepada orang-orang yang tak sabar-sabar nak tengok aku kawen tu:
Harap-harap lah bersabar, Ada rezeki, Ada jodoh, Kawen lah saya,
Doakan supaya saya dijodohkan dengan orang yang betul-betul cintakan saya :)

Everybody wants to be a perfect to her/his partner. 
And they also wants the better for theirself.
Goodluck :)

Tuesday, February 15, 2011

My dearest bestie

Serious aku sayang korang sangat-sangat. Korang Segalanya untuk aku. Korang yang sentiasa disisi aku dari aku kecik sampai lah aku umur 20 tahun. Gila lah doe. Kadang-kadang korang tengok aku mcm mls nak lepak kan. Tapi korang tak tahu hati aku, korang je kawan aku dunia akhirat. Serious doo, baik buruk aku, Korang terima je aku sbg kwn kan? Korang sndiri kenal aku mcm mana. Tapi kan org yang tak penah kenal aku, Walaupun lelaki yang dah bertahun kenal aku. Thats why aku sayang korang sangat.

ILOVEYOU SO MUCH BESTIE'S,
SAL AND SUZI

kenapa jadi mcm nie?

Macam biasa setiap kali lunch tepat pukul 12 aku akan straight pergi saloon kawan aku suzi, lepak sana dengan dia smpai pukul 1 buat apa-apa yang patut. huhu, Pada hari Rabu, 16/2/2011 aku pergi lepak sana time lunch before tu pergi cc jap online FB usha-usha apa yang patut, huhu then terus pergi lepak kat saloon suzi, Pastu tetiba ade sorg Chinese nie pekerja sana jugaklah, Tegur aku dengan mimik muka yang tak berapa senang, tanya aku "aiyaa, kenapa muka u sudah jd mcm nie? u ada buat benda tak baik ka?" haha.. aku gelak jee. Takkan aku nak ckp kan, seriously semenjak dibelenggu masalah, rupa aku jd tak siap, sentiasa kusam dan muram. Sampai org pun tegur kan? Ee teruk dah aku nie. Kena ubah balik kembali ke asal lepas nie, Then lepas tu, suzi pulak tegur, "Aah lah nok muka kau dah lain skrg, dah tak berseri mcm dulu" aku diam jee. Aku jwb simple je "dah nak mati kot", haha marah dia weh. "Merepek lahh kau, Nak mati sangat ke?" Aku gelak jelaa. Mls nak byk-byk ckp skrg. Aku dah lain lah skrg, Aku sndiri nampak perubahan kat diri aku nie. Kenapa aku jd mcm nie pun aku tak tau. nak kata masalah-masalah cinta masih main di fikiran aku, dah tak de lagi dah. aku dah buang, masalah lain? Tak de lah kot. Tapi entahlaa. Aku dah tak happy mcm dulu. Aku rindu diri aku yang dulu sebenarnya. Aku nak kan gelak ketawa aku yang membuat kan orang-orang disisi aku senang damping dengan aku. Seriously aku kwn dengan suzi tu dr tadika, tapi dia tak penah tegur aku mcm tu, harini dia tegur, pelik tak kau rasa? pelik kan? maknanya mmg ada perubahan kat diri aku nie. Cuma aku tak perasan, Hr ni bru aku perasan. Korang doakan lah supaya aku akan ceria balik macam sebelum nie. Mudah2an. Mungkin aku dah lama sangat tak tunaikan  kewajipan sebagai umat islam kot. Tu yang aku jd mcm nie. Masyaallah :'(

Im begging you baby,

Nike Airmax,
Nak kasut nie, nak jugakkk nak jugakkk! seriously aku admire gila dengan this shoes babe, kenapa lah time aku ada duet kau taknak datang, time aku takda duet kau tunjuk rupa kau yang tersangat lah sporty tu? Damn aku nak jugakkk. Percaya lah aku akan dptkan kau satu hari nnt, biarlah lambat. tp aku nak kau jugak. Errrr, geram tau tengok kau sangat cantik. Aku hari-hari sebut pasal kau wahai nike airmax. Siap plan dengan adik lelaki aku tu nak beli sekali dengan aku. Dia boleh la ibu aku bg duet, Aku nie? harapan lah dia nak bg. Haha. Please please jangan lah kau pergi dariku. aku perlukan kau sangat-sangat!






loveeee you so much


Very Thank you to:

dear Nor Afifah Ramlan,
Kau banyak bg aku semangat untuk teruskan hidup
dr sebelum nie lagi kan
kalau di ingatkan balik kita takde lah rapat mana pun kan
duduk pun jauh-jauh
Tp kita selalu berhubung dekat FB kan?
Hehe, thank you fifah, kau terbaik dohh
Muah muah pahh :DD

dear Zee Said,
U jugak banyak bg semangat utk i,
I takkan lupa babe, sdgkan kita belum pernah jumpa.
cuma kita hanya kenal melalui your bf and fb kan sayang?
Tak sangka i boleh terluahkan perasaan i kat u pulakk
hihi segan kadang-kadang,
Tapi i dah anggap u macam bestie dah sayang
Thanks you so muuch
and thanks jugak sbb buat kan blog baru i nie.
huhuuhuhu 
gracias lovee :)

dear Eryn Ezryna (gula goda),
u juga banyak bg i wake up from this way
kita pun belum pernah jumpa kan?
kita just sembang-sembang kat fb je kan?
then boleh rapat pulak.
btw, ur face cute sangat, sukaaa :DD
andd suka lagi tengok u dengan ucop.
bahagia sangat.
kenapa lah i tak mcm u kan? hee :'(
apa lah i nie.
tak kuat langsung! 
hehehe.
thank you so much darl

thanks jugak untuk,
aim
jaid
haziq
sal
suzi

dan semuanya yang banyak bg semangat supaya aku takkan jatuh kerana seorang lelaki
yang tak pernah ada rasa menghargai dalam hidup aku.
Thanks a lot guys!
Wa takkan pernah lupa lu orang babe!



separuh hidup saya


MUJAHID HISBULLAH

dia pendek, tp dia abg saya
dia hot-tempered, tp susah dia nak hot dengan saya
percaya tak kami dah lebih kurang 7 tahun?
dia jd abg saya dr zaman saya berseragam putih biru dan 
bersandang beg di belakang :D
hehehe :D

Terima Kasih jaid!
Bila aku susah kau yang selalu tolong ak.
aku selalu mintak kau topap kan jaid?
hehe, tak berniat apepun,
just mintak tolong.
kalau aku tak dpt tolong kau sekarang.
kau tuntut berkat kau tolong aku kt sana nnt ehh.
seriously dia tak penah berkira dengan ak.
dr dulu smpai sekarang.
bak kata dia,
 dia tak penah kisah, duet boleh cr
tp nak cr org yang cm aku susah.
apa yang istimewanya aku nie?
haha. terima kasih atas jasamu.
jasamu ku kenang sampai bila-bila

Yang penting,
Aku kawen nnt kau mesti ada.
macam mana busy pun kau
aku nak kau ada.
tak kira!
Kalau aku buat 3 hari,
3 hari tu aku nak kau ada
aku sediakan tempat tidur khas untuk kau
kau antara VVIP masa tu :))

Anyhow, Aku sayang kau abang! 
:)





Cousiness, happiness

She's Nabilah.
She's my cousin as well like my sister.
Damn seriously i love her.
Sunshine and star are saw that we are in
the relationship :)
She's Faten Amirah.
The cousin that no privacy and secret with me.
We are close since baby by the way.
No people can try to discossiate us :)
She's Atiqah
They are more young than me actually
But very hard to meet because she's at Muar, Johor.
Iloveyou cousin :)

She's Shahira shiro
Sometimes she like a boy
huhu~
The way you are im still ur cousin
ily :)

my breath

When I mad she's always beside me. Totally she's came from a same blood. Sure, She's die, I die. And Normally, She is my mommy. Swear that I love you ibu :)
Thanks because give me my mom beside me until today.
May Allah bless u ibu :)

range of learning

First thanks to Allah, Parents and Friends. Lepas 3 bulan aku takda kerja duduk rumah asyik kena marah, makan tidur makan tidur sampai badan dah besar mcm nie. Satu pagi, Ibu aku masuk bilik sebelum pergi kerja, bising dekat aku padahal masa tu aku tengah tidur. Bising punya bising, aku geram sangat, aku bangun. Tau dia bising sbb apa? Sbb aku tak kerja. haha. Aku bangun pergi jalan-jalan kat rumah-rumah kedai yang berhampiran dengan rumah aku kat sini. Jalan punya jalan. Jumpa satu Office besar kat corner lot rumah-rumah kedai tu. Dengan berani nya masuk and tanya "ada vacancy tak?" ahaha. Rezeki kan, bangun pagi-pagi. maklumlah sebelum ni mana penah nak bangun pagi. haha. Lepas je aku tanya cmtu, ada satu lelaki kurus tinggi, bermisai mcm Datuk K panggil aku naik atas ajak interview. haha. Siapa tu? Tulah boss aku sebenarnya. Dia human resources manager. Aku naik lah atas. interview punya interview. mcm-mcm dia tanya. Memang rezeki, Esok tu dia suruh start kerja dah dan dia letakkan aku di bahagian administration sbg receptionist. Alhamdullillah, Rezeki kan? hehe. Aku mula bekerja 1 disember 2010 under ROADCARE (M) SDN BHD sampai lah harini. Anyhow Thanks to Protasco Berhad :)





Yes Kak nany and kak sue,
OFFICE MATE :)


Themm :)
:)
In the office

sebenarnya saya



hello guys,
im just new to creat a new blogger here. hehe. btw i have an oldest blog before this but im forgot the password then just ignore. huhu. normally, im dont like to do the messy things. huhu. ok guys, my name is nur qhalbi izzati binti jasmi. Im just 20 years on 2011. hehe. peeps just call me aty. aty is short and easy. here so many things that i wanna share with u all and lessen everything :)